Syarikat Multinational 1600-an
Selama ni korang sedar tak, bahawa tanahair kita ni pernah dikuasai oleh dua buah multinational corporation?
Iyeke?
Bukan ke dulu kita cuma pernah dikuasai Portugis, kemudian Belanda, lepastu British, dan terakhir Jepun?
Dalam sejarah penjajahan tanahair kita, sebenarnya ada 2 buah syarikat gergasi yang berseteru di sini:
VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie)
EIC (East India Company)
Syarikat Hindia Timur Belanda & Syarikat Hindia Timur Inggeris. Korang dah belajar pun benda ni semua masa sekolah menengah kan? ![]()
Kalau nak cerita pasal cerita penjajahan diorang, memang panjang berjela2. Kita ketepikan dulu. Sekarang kita cuma nak cerita pasal dokumen salah satu syarikat ni, iaitu dokumen VOC.
Sebagai sebuah syarikat pada zaman tersebut, korang boleh bayangkan tak macam mana VOC ni simpan dokumen2 syarikat? Belum ada komputer, belum ada pendrive, belum ada kamera…segalanya tentu secara manual.
Korang perlu ingat, waktu itu VOC ni bukan bisnes warung tepi jalan. Bukan kedai runcit. Bukan syarikat pengedar.
VOC & EIC ni telah diiktiraf sebagai antara model syarikat multinasional terawal dan terbesar di dunia. EIC ditubuhkan pada tahun 1601, manakala pesaingnya VOC ditubuhkan pada 1603. (Ada sumber tulis 1602)
Selama hampir 200 tahun kewujudan VOC yang bagi aku operasinya sangat complicated, dengan pelbagai wilayah yang telah dijajah, confirm bukan sedikit dokumen2 fizikal yang dah terkumpul.
Apa dokumen2 yang VOC ni simpan? Resit? Invois? Payslip? Sebutharga?

