Skip to content
BESABO
Primary Navigation Menu
Menu
  • HOME
  • PERSONAL
  • Professional
  • Article
  • Register
  • Login
You are viewingBESABO > Article > Nutmeg (Part 3)
Charles Salter, meninggal dunia pada 2019 di usia 85 tahun.
Nutmeg oil
2024-12-08

Nutmeg (Part 3)

Charles Salter. Jom berkenalan sikit.

Beliau ni seorang kolumnis sebuah akhbar kat Amerika, The Atlanta Journal-Constitution. Beliau menulis untuk ruangan Georgia Rambler, selain turut dikenali sebagai kolumnis otai hobi memancing.

Cara dia dapatkan bahan untuk penulisan agak unik. Biasanya setiap pagi beliau akan keluar rumah dengan membawa buku nota, tape recoder, dan sebuah kamera, naik kereta wagon company, pegi round ke bandar² kecil dan desa sekitar Georgia, kadang² tanpa sebarang plan dan arah tujuan pun. Merayap² di jalanan, berjumpa dan berbual dengan masyarakat setempat sambil mencari "unforgettable person" untuk dijadikan sebagai bahan penulisannya dalam ruangan Georgia Rambler tu. Sempoi cara dia..

Satu hari tu dia berjumpa dengan geng memancing dia, Warren Everett Beal, seorang pharmacist di Griffin, dalam negeri Georgia juga. Everett Beal ni tunjukkan satu benda dalam simpanannya yang dikira cukup berharga, iaitu sebuah buku nota kulit, asalnya milik seorang pharmacist bernama R.R. Evans. Siapa pulak dia ni? Apa ada dalam buku nota lama tu?

Di halaman 188, tercatat sebuah resepi dengan tulisan tangan bertajuk :

"Coca Cola Improved" . Biar betik kata Charles Salter. Mustahil kot nak dapat resepi Coca-Cola, benda trade secret.

Rupa-rupanya R.R. Evans ni adalah kawan baik kepada seorang biochemist, John Stith Pemberton, pengasas "Pemberton's French Wine Coca", minuman tonik beralkohol terkenal di Atlanta, Georgia waktu itu.

Pemberton's French Wine Coca ni lah moyang kepada minuman ringan Coca-Cola yang korang suka sangat minum hari ni.

Abis cerita panjang² ni, apa kaitannya dengan buah pala?

Kalau tengok baik² kat gambar bawah tu, minyak/esen buah pala tercatat sekali dalam senarai resepi Coca-Cola Improved ni.

Add Comment Cancel reply

Explore:

Recent Posts

  • Polis Pantau Laluan Tikus
  • Kamen Rider Black Helmet
  • Grave of The Fireflies fanart
  • Chibi Kohtaro Minami Henshin!!
  • Hafizh Syahrin Bust 3D Model
  • Stylized Didi
  • Didi 3D Fanart
  • Saya Pemburu Pontianak
  • SAYA Fanart
  • Low Poly Silat Fighter

Social

Write to Me


0 / 180

©2026 BESABO.COM

No products in the cart.