Dari dulu lagi memang banyak orang bercakap berkaitan kulit pisang ni, antara yang berbintik dengan yang bersih licin. Ada orang bila nak beli pisang, dia punya cerewet bab kulit ni, terbelek-belek, punyalah lama. Tersangatlah serius seolah-olah balik rumah nanti pisang tu nak dimakan dengan kulit kulitnya sekali. Padahal kulit tu nanti kesudahannya dalam tong sampah juga duduknya.
Ke..boleh buat sayur kulit pisang?
Ada orang share kalau pisang masak kuning tapi kulit bersih tu tandanya dipaksa masak, peram dengan karbaid(meriam buluh)lah, dan dituduh tak elok. Jadi mereka sarankan untuk makan yang kulitnya berbintik sebab masak natural.
Bagi saya ni saranan yang mengelirukan & sikit mengarut.
Bintik ni korang jangan keliru. Ada 2 jenis bintik pada kulit pisang. Pertama, bintik yang ada sejak muda. Kedua, bintik yang wujud terkemudian, apabila pisang dah masak.
Jenis pertama ni wujud pada pisang yang langsung tak disarung dengan guni ATAU pisang yang terlewat disarung semasa peringkat muda. Pisang yang disarung sempurna, kulitnya akan bersih licin.
Jenis kedua, bintik yang muncul bila pisang mula masak ranum. Isi pisang semakin manis kerana peningkatan kandungan gula dan juga semakin kaya dengan kandungan antioksidan. Saiz bintik dan jumlahnya semakin bertambah bila pisang semakin masak menuju nak rosak.
Jadi kena paham kat sini yang kulit pisang samada berbintik atau bersih licin pada awalnya, bila dah semakin masak, kulit tetap akan jadi berbintik. Tiada kaitan pun dengan cara ia masak, diperam atau natural. Itu bab lain..
Ada orang share tips, katanya pisang cavendish(montel) macam jenama Dole tu tak elok sebab diperam karbaid (calcium carbide). Sebenarnya Cavendish ni kena diperam dalam bilik khas dengan guna gas ethylene. Kalau peram pakai karbaid memang tak jadi. Pisang selain cavendish, ya boleh pakai karbaid.
Harap info ni sedikit membantu lah..
…………
Sesetengah orang suka pisang berangan berkulit bintik ni sebab menurut mereka buah pisang yang tak disarung dengan guni ni terdedah kepada sinaran cahaya matahari, maka isinya lebih kuning ke orenan dan lebih sedap. Orang panggil pisang kampung. (Habis yang berkulit bersih tu pisang bandar ke? Padahal ia pun ditanam kat area kampung).
Menulis ikut pemerhatian. Salah info harap diperbetulkan. Wallahualam.
