Laptop Tak Sihat

Sejak graphic card laptop menderita sakit tua sekitar bulan Rejab tuhari, terpaksalah saya melupakan kerja² seni 3D yg sedang diusahakan..😔

Panik tak tau nk buat apa, saya pun cuba² belajar buat satu app melalui smartphone sahaja utk kegunaan sendiri. Asalnya nak guna Android Studio, laptop pulak tengah nazak. Terpaksa lupakan. Pakai je smartphone.

Matlamatnya adalah nak buat app macam mesin POS (point of sale) System utk rekod jualan harian perniagaan saya.

Sebelum ni jualan harian saya rekod secara manual. Kemudian saya rekod pula dalam Google Sheets. Terpikir pula, kan bagus kalau boleh buat app yang boleh sync data dengan Google Sheets. Rupa²nya memang boleh.

Appsheet

Gunalah Google Appsheet, satu platform utk membina web/mobile app untuk pelbagai kegunaan, khas utk insan² tak reti coding macam saya.

Kita boleh bina app dengan fungsi² asas secara percuma, tapi terhad utk prototaip & kegunaan sendiri je. Kalau utk tujuan bisnes/profesional kena bayarlah.

App yg terhasil membolehkan kita menghantar input baru, serta boleh juga membaca data sedia ada dari Google Sheets, Excel, Dropbox dll.

Walaupun katanya tak perlu coding, fungsi² Appsheet dalam memproses, memapar dan menyunting data banyak menggunapakai ‘expression’ , kalau di Google Sheets kita panggil ‘formula’.

ChatGPT

Part expression ni yg tricky sikit. Jadi tanpa mempersia²kan teknologi AI yang tengah hangat diperkatakan mutakhir ini saya pun memperkudakan ChatGPT utk kerja² menulis expression. Memang sangat membantu!

Akhirnya dapatlah saya siapkan satu app yg super simple utk merekod hasil jualan harian perniagaan kecil saya.

Saya namakannya REKODAI singkatan kepada Rekod Kedai.

Ni hari ke-6 saya menggunapakai REKODAI. Tiap hari ada je penambahbaikan yang saya buat, kita buat dia. Tak payah tunggu app updates dari Play Store.

Kesimpulan

Pandai²lah gunakan alatan/teknologi yg ada. Benda yg asalnya elok kalau disalahgunakan, akhirnya tiadalah manfaat. Macam air ketum & gam dunlop. Wallahu a’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *