Durian & Sireh

Tahukah korang yang terdapat perkaitan menarik di antara buah durian & daun sireh? Lagi menarik ianya tersembunyi di balik himpunan catatan bangsa Eropah sekitar akhir kurun ke-16.

Ia dicatatkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Itinerario, cetakan asal tahun 1596 (lebih 400 tahun lampau). Jurnal berkaitan pelayaran & perdagangan ke sebelah Asia itu dikarang oleh Jan Huygen van Linschoten, seorang tokoh Belanda.

Di Chapter 57, agak menarik apabila dari sekian banyak lokasi yang direkod dalam jurnal ini, beliau mengaitkan buah durian dengan Melaka. Beliau menulis beberapa fakta pelik seperti :

– muatan kapal, kedai atau rumah berupa durian akan rosak jika bersentuhan dengan daun sireh

– masalah bengkak mulut akibat makan durian (mungkin alahan) boleh diubati dengan makan beberapa helai daun sireh selepas makan durian. Selepas tu bolehlah nak makan durian banyak mana sekali pun nak makan😱

Rupa-rupanya ini petua lama orang² Melayu kalau nak makan durian ye…Zaman sekarang, biasa orang minum air kosong yang diisi dalam pangsa durian untuk elak panas badan akibat makan durian.

Secara peribadi, saya pun tak tahu adanya hubungan menarik antara durian & sireh ni. Mujur ada yang mencatatkannya ratusan tahun lalu. Mungkin ada sebab² tertentu petua aneh ni semakin dilupakan seiring masa berjalan. Seperti mana budaya mengunyah sireh yang kian ditinggalkan orang² Melayu disebabkan perubahan pola pemakanan & peningkatan kesedaran berkaitan bahaya mengunyah sireh terhadap kesihatan.

Wallahualam…bersambung akan datang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *