Nutmeg (Part 5)

Resepi rahsia Coca-Cola dari sumber yang lain pernah juga didedahkan pada tahun 1993 dalam sebuah buku yang dikarang oleh Mark Pendergrast bertajuk ‘For God, Country and Coca-Cola: The Unathorized History of the Great American Soft Drink and the Company That Makes It’.

Beliau menyertakan salinan resepi dari buku resepi milik John Pemberton yang diyakininya sebagai resepi asal tahun 1886. Turut disertakan adalah salinan asal resepi French Wine Coca tahun 1884.

Resepi tulisan tangan itu adalah milik rakan komersil & juga bookkeeper John Pemberton bernama Frank M.Robinson. Dia ni lah individu yang mencipta nama dan menulis perkataan unik ‘Coca-Cola’ yang kemudiannya menjadi logo ikonik minuman ringan ni.

Menariknya, resepi asal Coca-Cola versi buku resepi John Pemberton ni tersangat serupa dengan versi buku resepi R.R. Evans dalam foto milik Charles Salter! Beliau memperolehi salinan ni melalui individu dari keturunan Frank Robinson sendiri.

Dengan segala pendedahan demi pendedahan resepi rahsia yang berlaku sejak sekian lama ni, pihak syarikat Coca-Cola ape cite? Tak gelabah ke?

Takde maknanya… The Coca-Cola Company kekal tenang…bak slogannya dalam tahun 1979, ‘Have a Coke and a Smile’….😌. Ketika ini, resepi yang ori selamat tersimpan dalam peti besi berteknologi tinggi di World of Coca-Cola Museum, Atlanta.

Mark Pendergrast pernah tanya pihak Coca-Cola masa dia nak masukkan salinan resepi asal dari buku Frank Robinson tu, takut2 membawa masalah kepada syarikat, contohnya akan ada pihak yang akan meniru dan menghasilkan minuman yang serupa dengan mereka.

Jawapan pihak Coca-Cola akhirnya membuatkan Mark Pendergrast faham. Walaupun ada yang akan cuba meniru, yang pertama akan tetap kekal sebagai jenama yang paling tulen & asli.

Mereka bukan semata-mata menjual air. Mereka membina jenama dengan sentuhan emosi. Strategi ’emotional branding’ dalam kempen pemasaran mereka yang sentiasa inovatif sangat membantu jenama mereka untuk kekal relevan dengan perubahan gaya hidup semasa penggemar minuman mereka serta menarik pula pelanggan baru.

Jadi…tak payah kot sibuk2 nak tiru resepi diorang ni dan cuba jual dengan bubuh brand sendiri macam Coca-Coala ke..Koka-Koki ke..Kola-Koli. Tak ke mana perginya..

Satu lagi, kalaulah ditakdirkan korang dapat resepi asal Coca-Cola dan berjaya bancuh & buat sendiri pun, ia takkan sama dengan resepi yang korang minum hari ni. Resepi ni dah diolah beberapa kali sejak mula dicipta 135 tahun dulu. Resepi mutakhir Coca-Cola ni pun sama, kekal rahsia..

Jadi kalau korang nak tau macam mana rasa resepi rahsia Coca-Cola yang mungkin ada rasa minyak buah pala tu, pergilah ke kedai..beli je.. confirm ori… habis cerita😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *