Nutmeg (Part 4)

Pada 18 Feb 1979, foto yang dipercayai resepi asal Coca Cola ni pun diterbitkan dalam artikel Charles Salter di ruangan Georgia Rambler, akhbar Atlanta Journal-Constitution.

Menariknya, resepi rahsia Coca-Cola ni dikantoikan oleh akhbar yang mana kedua² ibu pejabat syarikat ni terletak di daerah yang sama, iaitu Atlanta, ibu negeri Georgia. Ape la pegi pecah rahsia member satu daerah…nak bagi laku jualan suratkhabar le tu…

Apa jadi selepas tu?

Berita tu tak meletup pun. Kenape seh? Dengan reputasi Coca-Cola selaku antara minuman ringan yang top waktu itu & resepi yang dirahsiakan sejak tahun 1886, berita macam ni sepatutnya dah heboh satu dunia.

Sebabnya, dalam tahun 1979, waktu tu teknologi internet belum maju lagi. Takde Facebook, takde Youtube, takde Twitter, Tiktok ape lagi. Tahun 1980, iaitu setahun lepas berita ni keluar, rangkaian televisyen CNN pulak baru je nak ditubuhkan di Atlanta. Jadi berita ni mungkin hanya dibaca oleh sebahagian penduduk Atlanta dan berdekatan je lah, tak tersebar ke luar. Lama²..senyap begitu je..

Sehinggalah pada tahun 2011, setelah 32 tahun artikel ni disiarkan, barulah berita ni meletup. Meletus bak air tin Coca-Cola dibuka lepas digoncang. Macam mana benda ni berlaku?

Ia bermula selepas stesen radio WBEZ Chicago, melalui sebuah program radio siarannya, This American Life menghebahkan semula artikel Charles Salter ni dalam episod ‘Original Recipe’. Mana diorang tahu hal yang dah lama tersorok dalam lipatan surat khabar lama ni? Charles Salter pun dah berumur 78 tahun, dah pencen kerepot dah orang tua tu.

Semuanya bermula apabila salah sorang penerbit program radio tersebut bernama Lisa Pollak menunjukkan foto asal tersebut kepada pengacara program, Ira Glass. Rupa²nya, Lisa Pollak ni adalah isteri kepada Chuck Salter, anak lelaki Charles Salter. Patut la dia ada foto lama ni.

Dalam satu malam je, berita sensasi ni merebak sampai ke Australia, Italy, Finland, Russia, India, UK dan lain².

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *