Malam semalam sempat menonton filem Fearless kat TV2. Lakonan Jet Li. Style rambutnya 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨, sama macam lakonan beliau sebagai Wong Fei-hung dalam filem Once Upon a Time in China. Kepala botak separuh depan, dan rambut panjang dianyam di belakang. Bukan nak ulas pasal filem ni, tapi lebih kepada sejarah perkataan 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨 tu sendiri.
Kita selalu sebut ‘rambut ikat tocang’, atau kalau seseorang tu dah start besar kepala, kita panggil dia mula ‘naik tocang’. Mana datangnya perkataan ni, saya cuba2 selidik. Ni bukan kajian formal, cuma kajian suka². Jangan percaya bulat².
Di China terdapat 8-10 dialek utama. Paling banyak dituturkan adalah dialek Mandarin. Ke-2 adalah dialek Min. Dialek Min ini mempunyai banyak variasi, salah satu daripadanya ialah Minnan. Para penutur kebanyakan berpusat di wilayah Fujian dan Taiwan.
Dialek Hokkien yang dituturkan oleh kebanyakan etnik Cina Malaysia & sekitar Asia Tenggara adalah berasal dari variasi dialek Minnan ini.
Apa yang menariknya, dalam bahasa Cina dialek Hokkien, perkataan 頭鬃 (thâu-tsang) adalah merujuk kepada gaya rambut panjang dianyam & diikat di belakang.
Jadi berkemungkinan perkataan thâu-tsang ni dipopularkan semasa era Dinasti Qing, oleh orang2 China dari Fujian yang mungkin tiba ke kawasan Asia Tenggara ni sama ada kerana berdagang atau berhijrah. Akhirnya menyerap masuk dalam perbendaharaan kata orang Melayu & disesuaikan dengan lidah kita lalu kita sebut sebagai 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨.
Untuk info tambahan, menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, style seberkas rambut panjang atas kepala yang gondol dipanggil 𝘬𝘶𝘯𝘤𝘪𝘵 atau 𝘬𝘶𝘤𝘪𝘳. Sayangnya kebanyakan kita yang Melayu ni pun tak biasa guna perkataan ni, ntah² tau pun tidak 😓.
Sebenarnya gaya rambut 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨 & bercukur separuh kepala di depan ni bukanlah identiti asal orang China, yang majoritinya adalah orang² Han. Dalam sejarah China, daripada 13 dinasti yang pernah berkuasa, 2 daripadanya adalah bukan dari orang² Han, iaitu:
- Dinasti Yuan (orang² Mongol dari Mongolia di bawah Kublai Khan) ,(1279-1368)
- Dinasti Qing (orang² Manchu dari wilayah Manchuria, utara China), (1644-1912)
Semasa Dinasti Qing inilah gaya rambut 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨 ala Wong Fei-hung bermula. Ini adalah gaya rambut tradisi orang² Manchu. Penguatkuasaan mula dikenakan kepada orang² Han, walaupun ia berlawanan dengan adat mereka yang melarang mencukur rambut apabila sudah dewasa. Jika tak 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨, kepala kena penggal. Gaya rambut orang² Han lebih style, rambut panjang & diikat kemas, bersanggul, dianyam dan sebagainya.
Sebab tulah kalau korang biasa tengok drama² atau filem² Cina, perasan tak sesetengah cerita, pelakon²nya berambut 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨, sesetengah cerita pulak berambut penuh panjang, disikat rapi siap sanggul di atas. Betul tak? Dari gaya rambut tu, sekarang kita dah boleh agak, timeline cerita tu berlaku di era dinasti yang mana.
Dinasti Qing runtuh pada tahun 1912, kesan dari Revolusi Xinhai yang dipelopori tokoh bernama Sun Yat Sen. Dengan tertubuhnya Republik Rakyat China, maka dengan itu undang² berambut 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨 ni pun berakhir. Sejak tu orang China dah bebas nak gayakan rambut mengikut cita rasa mereka.
……………………………………………………………………..
Itulah saja coretan saya pasal 𝘵𝘰𝘤𝘢𝘯𝘨. Semoga bermanfaat. Silap info harap ditegur dan dimaafkan😁.

