Compagnie (Part 3)

Voorcompagniëen

Untuk tengok bagaimana terhasilnya jutaan VOC Archives ni, lebih mudah kalau kita fahami dulu secara ringkas struktur organisasi VOC.

VOC sebenarnya adalah sebuah gabungan beberapa syarikat perdagangan di United Province / Republik Belanda yang telah pun berdagang di Asia sebelum mereka bergabung menjadi VOC lagi. Syarikat2 sebelum penggabungan ini dirujuk sebagai pre-companies / voorcompagniëen.

Sebelum VOC ditubuhkan, terdapat sejumlah 15 buah voorcompagniëen dengan seramai 76 orang direktor/pengarah. Syarikat ni semua bersaing sengit. Persaingan ini mengakibatkan pengurangan margin keuntungan lalu menyebabkan pelabur takut nak melabur.

Pemimpin republik akhirnya mengarahkan penggabungan voorcompagniëen ini untuk membentuk VOC dan diberi keistimewaan; Charter (octrooi) selama 21 tahun yang memberi mandat hanya VOC sahaja yang boleh berdagang di zon antara sebelah timur Cape of Good Hope, Afrika Selatan hingga ke sebelah barat Selat Magellan di benua Amerika Selatan. Charter ini akan diperbaharui apabila tamat tempoh.

Setelah bergabung pada 1602 sebagai VOC, voorcompagniëen tadi distruktur menjadi 6 divisyen/bahagian yang disebut chambers. Kelihatan seperti voorcompagniëen dalam bandar yang sama bergabung di bawah satu chambers. Chambers ini adalah:

1. Amsterdam

2. Middelburg / Zeeland

3. Enkhuizen

4. Hoorn

5. Delft

6. Rotterdam

Sebenarnya, pemimpin republik mengarahkan pembentukan VOC ni bukan semata2 kerana nak mengelakkan persaingan sesama voorcompagniëen je. Antara pertengahan abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-17, Republik Belanda tengah sibuk berperang dengan Empayar Portugis dan Sepanyol. Diorang mahu penyatuan syarikat ini menjadi senjata baru ekonomi dan militari (laut) untuk Republik Belanda mengharungi konflik dengan kedua-dua kuasa Eropah ini.

Terdapat beberapa headquarters yang muncul sepanjang sejarah VOC. Tapi kita fokus yang utama je:

1. Global Headquarters di Amsterdam (Republik Belanda)

2. Second Headquarters di Batavia (Jakarta, Indonesia).

HQ di Amsterdam, di sini duduknya Board of Gorvenors (macam board of directors). Pengarah seramai 17 orang ni dipanggil sebagai Heeren XVII atau The Seventeen Gentlemen. 17 orang pengarah ni adalah perwakilan yang terpilih dari 6 chambers, iaitu 8 pengarah dari Amsterdam, 4 dari Zeeland, 1 dari setiap 4 chambers yang selebihnya, manakala 1 lagi dipilih secara penggiliran antara pengarah dari Zeeland, Enkhuizen, Hoorn, Delft dan Rotterdam

HQ di Batavia pula di sini duduknya Governor-General & Council of the Indies yang membentuk High Government. Semua urusan pentadbiran VOC di zon Asia berpusat di sini. Bermaksud komunikasi antara 17 pengarah di Amsterdam dan semua penempatan VOC di Asia (kecuali Galle,Ceylon) perlulah melalui HQ di Batavia ni dulu.

Ok, cukuplah penerangan ringkas struktur VOC ni. Kalau nak cerita secara detail, dari pemegang saham sampai ke peringkat bawahan mungkin kena buka topik baru sebab terlalu besar struktur mereka. Penat jari nak menaip oii.

Next part, kita tengok punca2 terhasilnya archives yang berjuta2 lemon tu.

p/s: tentu saja ada ralat dalam info2 yang aku kongsikan ni. Jika terjumpa, bolehlah ditegur ye.

Battle of Nieuwpoort, salah satu kempen peperangan antara Republik Belanda dan Sepanyol. Republik Belanda ambil masa 80 tahun untuk bebaskan diri dari penguasaan Sepanyol. (gambar dari militaryhistorynow.com)

Peta bandar Amsterdam pada tahun 1612. Chamber Amsterdam adalah paling besar pegangan saham mereka dan paling berpengaruh. Kebanyakan kapal2 VOC berlayar dari pelabuhan mereka. (gambar dari intoxicatingspaces.org)

Bilik persidangan Heeren XVII di East India House, Amsterdam pada tahun 1771. Bilik dihiasi lukisan dan peta pelbagai lokasi perdagangan VOC di Asia. Lukisan oleh Simon Fokke, koleksi Stadsarchief, Amsterdam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *