Compagnie (Part 2)

Arkib Sepanjang 4 km

Ada beberapa binaan tinggalan VOC yang boleh korang tengok di sekitar Malaysia harini, sebagai bukti yang diorang pernah sampai sini suatu masa dulu. Contohnya Stadhuys (Melaka) & Kota Belanda (P.Pangkor).

Ini semua binaan tinggalan.

Bagi kita orang biasa, binaan ni dah cukup mengagumkan. Asal cuti sekolah, abis jem kalau nak masuk bandar Melaka. Masing2 berpusu2 beli cenderhati kat area Bangunan Stadhuys sana, ternganga tengok air pancut Queen Victoria, serta tak lupa berselfie dengan abang beca dan bunga2nya 🤭.

Tapi kan, bagi pengkaji sejarah pula, ada satu tinggalan VOC yang lebih menarik perhatian mereka. Apa dia?

VOC Archives Sepanjang 4 KILOMETER!

Banyak gila ok. Helaian2 dokumen ni kalau disusun secara bersebelahan, panjangnya boleh menjangkau sehingga 4 kilometer! 😮 Mak datuk…

Ia terdiri daripada 25 JUTA muka dokumen dengan nilai sejarah yang tinggi seperti rekod pentadbiran, surat, perjanjian, peta, lukisan, ukiran pada batu, manuskrip pada daun & batang pokok serta bermacam2 lagi.

Informasi yang terdapat dalam jutaan dokumen ni bukan sekadar berkaitan dengan operasi perdagangan VOC saja, tapi juga mencakupi maklumat tempat di mana mereka beroperasi seperti data politik, kebudayaan, agama, keadaan sosial, rekod flora & fauna, sastera dan banyak lagi.

Punyalah banyak perkara yang diorang rekod. Jadi janganlah terkejut kalau kisah2 lama tanahair & nenek moyang kita waktu 300-400 tahun dulu boleh kita jumpa dalam helaian2 rekod VOC ni. Silap haribulan, diorang lebih banyak tahu sejarah kita dari kita sendiri.

Macam mana terhasilnya dokumen yang beribu2 ni? Dan bagaimana VOC menguruskan dokumen2 ni semasa awal abad ke-17 hingga ke penghujung abad ke-18 dulu?

Logo VOC pada coat of arms mereka di ukiran pintu A Famosa, Melaka.
Kredit: alamy.com

Sekitar lokasi bangunan Stadhuys, tempat kediaman Gabenor VOC Melaka. Dulu warna dia putih, British cat warna merah, sampai sekarang kekal warna merah.
Kredit:greatrailwayjourneysmalaysia.weebly.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *